04 Disember 2009

PROGRAM MENCARI LAILATUL QADAR


    Pada malam 21 Ramadan 1430H bersamaan 10 September 2009 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kedah Darulaman dengan kerjasama ABIM Padang Terap dan Masjid Kariah Pulau Kijang telah mengadakan program yang julung-julung kalinya diadakan di Kuala Nerang. Alhamdulillah dengan kehadiran hampir 50 orang ke majlis berbuka puasa dan 70 jemaah ke program Qiamullail menandakan bermulanya amalan sunnah iktikaf di malam-malam 10 terakhir Ramadan di Kuala Nerang.

Majlis dimulakan dengan tazkirah pada jam 6.45 petang oleh Setiausaha ABIM negeri, Ustaz Zulazri yang merupakan Penolong Pendaftar di Maahad Tarbiah Islamiah, Derang. Seterusnya majlis berbuka tepat jam 6.23 minit malam. Juadah berbuka juga agak istimewa petang itu… nasi beriani dengan beberapa jenis lauk. Selepas solat maghrib YDP ABIM negeri, Ustaz Hafiz Mustafa Lubis memberi sedikit penerangan kepada anak-anak muda dan orang ramai tentang latar belakang ABIM. Persembahan powerpoint dan kepetahan Ustaz Hafiz menarik perhatian hadirin untuk mengenali ABIM dengan lebih dekat.

Selepas solat Terawih tiba pula giliran Ustaz Hazwan untuk menyampaikan tazkirah. Tajuk tazkirah Ustaz Hazwan ialah kepentingan Lailatul Qadar. Walaupun tazkirah ringkas tetapi padat dengan tasyji’ dan kata-kat peransang menggalakkan hadirin mengambil peluang dari Lailatul Qadar yang sudah bermula musimnya.

Agak ramai juga jemaah yang mengambil peluang beriktikaf pada malam itu. Sekitar jam 2.30 pagi jemaah mula mengambil tempat dan pada jam 3.00 pagi program Qiamullail dimulakan. Ustaz Abdullah mengimamkan solat sunat Tahajjud, Taubat dan Solat Dhuha. Hampir 70 orang jemmah hadir berqiamullail.Pada jam 5.00 pagi jemaah bersahur dan seterusnya solat Subuh. Kuliah subuh pagi tersebut disampaikan oleh Ustaz Sharizal Hj Ghazali, YDP ABIM Pendang yang juga merupakan Timbalan YDP negeri. Itulah pertama kali saya mendengar kuliah subuh Ustaz Sharizal yang merupakan sahabat saya Ustaz Akmal. Kuliahnya bersemangat menyentuh sanubari hadirin yang mendengarnya. Kuliah ustaz Sharizal berakhir jam 7.10 minit pagi. dengan berakhirnya kuliah subuh tersebut maka berakhirlah program kali ini. Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada tuan imam, Datuk Isa bin Ismail, juga semua jawatankuasa masjid khususnya Pakya dan AJK yang lain. Semoga program ini menjadi titik permulaan untuk amalan mencari Lailatul Qadar di masjid ini dan masjid-masjid lain di Kuala Nerang dan daerah Padang Terap insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan