30 November 2009

Assalamualaikum..

        Salam pembuka bicara..dengan lafaz Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha mengasihani.Selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW junjungan Mulia. Alhamdullialh, syukur di panjat kepada Ilahi kerana di beri nimat Islam dan Iman..kita masih di beri kudrat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini. Angkatan Belia Islam Malaysia selaku gerakan dakwah yang telah sekian lamanya teguh dan istiqamah dalam menyebarkan misi rahmatan lil 'alamin di bumi Malaysia ini.

     Selepas 38 tahun memacu momentum gerakan dakwah telah di tukarkan daripada Perdaftaran Pertubuhan kepada Pendaftaran Pertubuhan Belia. Sejarah penubuhan ABIM Padang Terap bermula pada pertengahan 60an. Kini bermula dimensi gerakan dakwah yang di pimpin oleh belia (had umur belia yang di kategorikan dari 15 tahun-40 tahun). Kini, ABIM Padang Terap mula mengorak  langkah untuk menyumbang kepada gerak kerja dakwah yang tertumpu kepada golongan sasaran belia, masyarakat setempat dan amnya pada seluruh warga daerah Padang Terap, Kedah.

       Insya Allah, ABIM Padang Terap sedang menunggu kelulusan daripada Majlis Daerah Padang Terap untuk memilliki sebuah Pejabat untuk di jadikan Pusat aktiviti dan memudahkan segala gerak kerja yang akan di laksanakan. Sejak muktamar yang di adakan pada bulan Mei, dengan saf kepimpinan yang baru, ABIM Padang Terap telah menganjurkan beberapa program dan akan di susuli beberapa program sepanjang cuti sekolah ini. Alhamdulillah, ABIM kembali di kenali oleh penduduk setempat. ABIM Padang Terap juga telah berdaftar dengan Majlis Belia Daerah Padang Terap sebagai badan gabungan bersama 6 badan gabungan yang lain. Oleh itu, jaringan ABIM Padang Terap bersama ngo-ngo belia yang lain dapat di perkukuhkan melalui MBD ini. Semoga laman blog ABIM Padang Terap ini menjadi jaringan maklumat terkini dan mengalu-alukan sebarang cadangan dan komen untuk laman blog ini. Waallahu'alam