23 Disember 2009

Perkampungan Menara Gading 2009

     Pada 19hb-20hb Disember 2009, ABIM daerah Padang Terap telah menganjurkan Perkampungan Menara Gading yang pertama kali di anjurkan di daerah ini PMG ini di sertai oleh 33 org peserta daripada 3 buah sekolah, SMK Dato’ Syed Ahmad, Maktab Mahmud Padang Terap dan SMA Al Khairiah yang terdiri daripada lepasan SPM 2009. Belantara Elit yang terletak di Kampung Genting Palas ,Kuala Nerang menjadi tempat pilihan untuk PMG kali ini. Alhamdulillah, kemudahan yang di sediakan amat baik dan selesa. Antara objektif penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang menjalani realiti kehidupan sebagai seorang mahasiswa, peserta di beri kesedaran tentang pentingnya menuntut ilmu, jika gagal untuk mendapat tempat di mana-mana Institut Pengajian tinggi selepas mendapat keputusan SPM nanti tidak bermakna ini ialah penamat kepada mereka untuk mencapai cita-cita untuk menjejakkan kaki ke menara Gading. Selain itu juga, peserta di beri pendedahan tentang keseimbangan antara pelajaran dan aktiviti di luar kuliah, terutama penglibatan di dalam Persatuan atau jemaah. Modul yang di jalankan juga memberi penekanan tentang partisipasi mahasiswa di dalam masyarakat secara amal jama’ie. Matlamat yang jelas dan perancangan masa depan amatlah penting untuk mencapai cita-cita yang di impikan. Pendaftaran program bermula pada pukul 11pagi dan seterusnya peserta di berikan taklimat mengenai kem dan perjalanan program selama dua hari satu malam ini. 

    Peserta di bahagikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan di kendalikan oleh seorang fasilitator. Terdapat 3 Modul LDK yang telah di tetapkan, LDK 1; Taaruf & Mind Setting, LDK 2; Realiti Kehidupan Mahasiswa, LDK 3; Adakah aku sudah bersedia?. 



Pengisian yang lebih santai dan sederhana di tekankan dalam PMG ’09 ini, di samping mengeratkan ukhuwah di kalangan peserta yang baru mengenali rakan-rakan masing. 

Menggunakan kemudahan yang di sediakan di kem untuk aktiviti riadah di sebelah petang.

Kerjasama di dalam kumpulan amat lah penting...jalinan ukhuwah pun bertaut...=)

sesi..kuntum, peserta  di pilih untuk mengulas tajuk yg di berikan.."public speaking"

Selepas LDK 3 yang di adakan secara mass..aktiviti seterusnya..jagung & sosej bakar...=)


      Slot pemantapan Aqidah merupakan sesi tambahan pada hari Ahad dan dikendalikan oleh Ustaz Abdullah Din..pengisisan modul melalui kaedah perbandingan agama ini sangat menarik kerana peserta di dedahkan pengenalan tentang agama Kristian dan Islam.   Majlis pentup PMG’09 oleh Ustaz Hafiz Mustafa Lubis, YDP ABIM Negeri Kedah pada jam 12 tengahari. Alhamdulillah selesai sudah program Perkampungan Menara Gading pada kali ini. Insya Allah semoga, program seperti akan di jadikan program tahunan untuk ABIM Pdg Terap pada masa akan datang. Program susulan akan di laksanakan untuk memastikan peserta berasa seronok dengan ukhuwah yg terjalin dengan ABIM Pdg Terap. Sekaligus, mereka di antara belia-belia Islam yang akan bersama-sama membantu dan menyumbang gerak kerja dakwah..misi rahmatan lil’alamin di daerah Padang Terap khususnya dam amnya di Negeri Kedah Darul Aman ini. Sekalung penghargaan di berikan kepada Urusetia dan fasilitator yang terlibat, YDP ABIM Pdg Terap...Ustaz Abdullah Din, Ustaz Hafiz Mustafa Lubis yang sudi meluangkan masa menghadiri ke PMG’09 ini dan seterusnya adik-adik peserta yang menjadi insan terpilih menyertai program pada kali ini...syukran Jazilan, Semoga impian dan cita-cita menjejakkan kaki ke Menara Gading akan di kecapi..insya Allah..





08 Disember 2009

Rehlah ke Lata Bukit Hijau & Lawatan ke Pondok Tuan Guru Haji Salleh

    Alhamdulillah, syukur di panjat kepada Allah SWT kerana memberi nikmat Islam dan Iman serta nikmat kesihatan tubuh badan kepada kita. Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada adik-adik yang berpeluang bersama-sama menyertai program yang julung kalinya dianjurkan oleh ABIM Padang Terap semperna cuti sekolah akhir tahun ini. Lata Bukit Hijau menjadi destinasi pilihan rehlah pada hari ini dan insya Allah selepas itu lawatan pondok Tuan Guru Haji Salleh. 

 Pada 5hb Disember 2009 yang lalu..ABIM Pdg Terap telah mengadakan lawatan ke Pondok Rahmaniah atau lebih di kenali sebagai Pondok Tuan Guru Haji Salleh Musa yang terletak berhampiran dengan Pekan Sik, Kedah. Seperti yang di jadualkan, perjalanan dari Kuala Nerang ke Lata Bukit Hijau di Baling mengambil masa kira-kira 2 jam lebih. Peserta Rehlah seramai 14 orang lelaki dan 13 org perempuan. Seawal pukul 7.30pg semua peserta berkumpul di masjid Muazzam Shah, Kuala Nerang. Kami tiba di Lata Bukit Hijau pada pukul 11.15 pagi. 

     Sesi penerangan dan Ta'aruf ABIM Pdg Terap oleh Ustaz Abdullah b.Din. Seterusnya, peserta lelaki dan perempuan bersama di dalam kumpulan masing untuk sesi ta'aruf di antara satu sama lain. Selepas solat Zohor dan makan tengahari, kami bertolak ke Pondok Tuan Guru Haji Salleh di Pekan Sik.


     Cuti sekolah seharusnya di penuhi dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat. Antara objektif penganjuran rehlah ini ialah, memperkenalkan Angkatan Belia Islam Malaysia yang merupakan salah satu daripada badan gabungan dalam Majlis Belia Daerah Padang Terap, mengambil peluang semperna cuti sekolah ini untuk bersama-sama pelajar sekolah menengah di sekitar daerah Padang Terap dengan Menjalinkan dan memperkukuhkan jalinan mahabbah melalui penganjuran program yang lebih santai dan libur. 

     Selain itu, memberi peluang untuk melawat pondok pengajian agama , lawatan ini pastinya mendedahkan pengalaman yang baru buat pelajar-pelajar sekolah tentang kehidupan dan sistem pembelajaran di pondok pengajian agama.Pondok tuan guru @ lebih dikenali dengan Pondok Sik ini adalah salah satu pondok yang paling makmur di Kedah. Kuliah mingguan pada hari jumaat, dihadiri oleh lebih 3000 orang dari seluruh M’sia. Tuan Guru bercerita kepada kami ada yang datang dari Singapura semata-mata nak dengar kuliah Tok Guru. Tuan Guru Hj Salleh memberi penekanan lebih tentang pengajian Tauhid sehingga pondok ini juga dikenali dengan nama Pondok Tauhid. Jumlah penghuni pondok ini kira-kira seramai 200 org. Kami juga berkesempatan menemu bual penghuni yang telah hampir 17 tahun menuntut dan menghabiskan masa di usia emas belajar dan beribadah sepenuhnya di pondok ini.Rata-rata berpuas hati dan tenang menuntut ilmu agama di pondok pengajian ini terutama kemudahan dan kebajikan penghuni pondok yang amat di tekankan oleh Tuan Guru Hj Salleh.




Akhir Kalam... Semoga adik-adik dapat mengambil manfaat sepanjang rehlah ini dan semoga ukhuwah yang terjalin ini akan berkekalan..Insya Allah(“,).Wassalam

     

04 Disember 2009

WACANA SEMASA BERSAMA BEKAS PADERI

MAJLIS KORBAN ABIM PADANG TERAP 2009

ABIM Padang Terap dengan kerjasama penduduk KEDA Bukit Ular Padang Sanai berjaya melaksanakan program ibadah korban pada tahun ini di Surau KEDA Bukit Ular. 2 ekor lembu korban telah dikorbankan pada hari raya kedua, seekor disumbangkan oleh ABIM dan seekor lagi disumbangkan oleh Encik Ismail Khan saudara Syed Mokhtar Bukhar



Penduduk yang sama-sama membantu..

Program bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir selepas jamuan tengahari kira-kira 1.30 petang. Program korban kali ini disertai oleh penduduk sekitar Kuala Nerang. ABIM Padang Terap berazam akan melaksanakan korban di daerah Padang Terap tahun depan bermula sebaik berakhirnya hari tasyriq.

SELAMAT BERKORBAN


RISALAH KORBAN ABIM DAERAH PADANG TERAP 1430H
ALANGKAH RUGINYA TIDAK BERKORBAN


(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Suatu perkara yang perlu selalu dalam ingatan dan perhatian kita ialah merebut peluang. Lebih-lebih lagi jika peluang itu untuk mendapat keredaan Allah yang menjanjikan suatu keuntungan yang berlipat ganda.
Dalam ibadat, peluang itu kalau dilihat dari sudut masa, kehadirannya ada yang datang hanya sekali dalam setahun seperti malam lailatul qadar di bulan Ramadan yang mana ganjarannya beramal di dalamnya lebih baik dari seribu bulan.
Begitu juga yang berlaku dengan ibadat korban yang hanya datang sekali sahaja dalam setahun di setiap bulan Zulhijjah yang bermula dari hari ke-10 Zulhijjah sehingga hari yang ke-13 Zulhijjah.
Ibadat korban merupakan ibadat yang sangat dituntut (sunnah mu‘akkadah) dalam syariat Islam. Ia boleh berperanan sebagai platform bagi seseorang untuk menzahirkan kesyukuran kepada Allah subhanahu wa ta‘ala di atas ni‘mat yang dilimpahkan oleh Allah kepadanya.
Di samping itu juga, ia merupakan sebahagian daripada syiar agama Allah yang mesti diagungkan dan dihormati. Allah subhanahu wa ta‘ala menjelaskan bahawa mengagungkan dan menghormati syiar agama Allah itu adalah satu tanda ketakwaan hati orang-orang yang beriman. Firman Allah:

Tafsirnya: “Dan sesiapa yang menghormati (membesarkan) syi‘ar-syi‘ar agama Allah, maka (dialah orang yang bertaqwa), kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.”
(Surah al-Hajj: 32)

Yang pastinya, keuntungan mengerjakan ibadat korban ialah janji Allah dengan memberi ganjaran pahala yang amat banyak kepada orang yang melakukannya. Peluang yang sangat terhad dan pahala yang bakal diperolehi itu sepatutnya mendorong kita terutama orang-orang yang berkemampuan iaitu orang yang mempunyai lebihan harta sebanyak nilai harga binatang korban dari keperluannya dan keperluan orang yang di bawah tanggungannya pada Hari Raya Adha dan hari-hari Tasyriq, untuk merebut dan tidak melepaskan peluang untuk melakukan ibadat korban agar ianya tidak akan terlepas begitu saja. Antara fadilat dan kelebihan berkorban itu ialah:

1. Titisan darah korban yang pertama adalah merupakan pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu iaitu sebagai penebus dosa yang telah dilakukan. ‘Imran bin Hushain radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Sayyidatuna Fatimah radhiallahu ‘anha:

Maksudnya: “Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.”
(Hadis riwayat al-Hakim)
2. Kebajikan (hasanah) yang dikurniakan kepada orang yang berkorban adalah sebanyak bulu binatang yang dikorbankan. Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhumeriwayatkan:

Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada korban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Pengertian kebajikan (hasanah) mempunyai maksud yang berbeza-beza di kalangan para ulama ahli tafsir. Hasanah adalah satu perkataan yang mempunyai maksud yang subjektif. Banyak penjelasan daripada mereka tentang tafsiran kalimah ‘hasanah’. Antaranya:
Ibnu Katsir rahimahullah berkata: “Kebajikan atau kebaikan (hasanah) di dunia itu meliputi semua yang bersifat keduniaan seperti sihat, selamat, tempat tinggal yang luas, isteri yang baik, rezeki yang banyak dan sebagainya. Manakala hasanah di akhirat pula, yang paling tinggi ialah masuk syurga dan selanjutnya semua kebahagiaan yang menjadi pelengkap kehidupan dalam syurga itu.”
Menurut al-Qadhi al-‘Iyadh rahimahullah, maksud hasanah itu ialah ni‘mat iaitu sama ada ni‘mat dari segi limpahan kurnia di dunia atau limpahan kurnia di akhirat atau ni‘mat terpelihara dari siksaan.
Manakala menurut Imam al-Qurthubi rahimahullah, maksud hasanah ialah iman. Sebagai contoh, barangsiapa yang mengucapkan syahadah, maka baginya setiap amalan kebaikan yang dilakukannya di dunia ini akan digandakan dengan sepuluh ganda dari segi pahalanya. Abu Dzarr radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Allah ‘azz wa jall berfirman: “Sesiapa yang datang (melakukan) satu kebajikan, maka baginya sepuluh ganda pahala sepertinya dan Aku (Allah) akan menambahnya lagi.”
(Hadis riwayat Muslim)

3. Darah korban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah subhanahu wa ta‘ala. ‘A’isyah radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Oleh yang demikian, peluang melakukan ibadat korban yang hanya datang beberapa hari dalam setahun di bulan Zulhijjah tidak wajar diabaikan dan dilepaskan peluang yang tidak ternilai itu begitu saja. Walaupun berkorban itu hukumnya hanyalah sunat sahaja iaitu sesiapa yang melakukannya mendapat pahala dan sesiapa yang meninggalkannya tidak berdosa, namun demikian kita hendaklah melihat perkara sunat itu dari perspektif yang berbeza bahawa sesiapa yang meninggalkannya “Alangkah ruginya!”. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang berkemampuan yang mana menurut Imam asy-Syafi‘e: Tidak ada kelonggaran untuk meninggalkan (ibadat korban) bagi orang yang mempunyai kemampuan. Jika ditinggalkan juga, maka hukumnya adalah makruh.

Oleh kerana itu, hargailah dan rebutlah peluang untuk berkorban semata-mata mengharapkan keredaan Allah subhanahu wa ta‘ala di samping memperoleh fadilat yang telah dijanjikanNya. Semarakkanlah syiar Islam dengan melakukan ibadah korban selagi hayat dikandung badan.

Dipetik dari Risalah Korban
Mufti Kerajaan Negeri Brunei Darussalam.

KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI ROY


Bermula 6 hingga 7 November 2009 , Jabatn Belia menganjurkan kursus Pengurusan Organisasi Persatuan Belia Lulus ROY di Darulaman Suites, Bandar Darulaman. 7 peserta mewakili ABIM daerah Langkawi, Kuala Muda, Padang Terap, Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena. Sepanjang program peserta didedahkan dengan asas-asas pengurusan organisasi. Antara tajuk yang dibentangkan ialah Pengurusan Fail, Pengurusan Mesyuarat, Pengurusan Kewangan, memahami Akta ROY dll.

Kami wakil-wakil ABIM mengambil kesempatan dari program ini untuk mengadakan sedikit pertemuan dan perbincangan diadakan untuk menyelaraskan kerja-kerja ABIM di peringkat daerah masing-masing. Pada petang jumaat 6hb kapada mi sempat menziarahi YDP ABIM Negeri, Ustaz Hafiz di rumahnya di Ayer Hitam. Ibu Ustaz Hafis pada ketika itu sedang sakit tenat. 2 hari selepas itu iaitu pada hari ahad beliau telah kembali ke pangkuan Allah swt tepat jam 4 pagi. Moga roh almarhumah dicucuri rahmat dan semoga Ustaz Hafiz dikurniakan kesabaran. Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis Qudsi

Barangsiapa yang Aku ambil orang yang disayanginya lalu dia bersabar dengan mengharapkan balasan baik dariKu maka tidak ada balasan yang layak untuknya kecuali syurga – Al Bukhari


PROGRAM MENCARI LAILATUL QADAR


    Pada malam 21 Ramadan 1430H bersamaan 10 September 2009 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kedah Darulaman dengan kerjasama ABIM Padang Terap dan Masjid Kariah Pulau Kijang telah mengadakan program yang julung-julung kalinya diadakan di Kuala Nerang. Alhamdulillah dengan kehadiran hampir 50 orang ke majlis berbuka puasa dan 70 jemaah ke program Qiamullail menandakan bermulanya amalan sunnah iktikaf di malam-malam 10 terakhir Ramadan di Kuala Nerang.

Majlis dimulakan dengan tazkirah pada jam 6.45 petang oleh Setiausaha ABIM negeri, Ustaz Zulazri yang merupakan Penolong Pendaftar di Maahad Tarbiah Islamiah, Derang. Seterusnya majlis berbuka tepat jam 6.23 minit malam. Juadah berbuka juga agak istimewa petang itu… nasi beriani dengan beberapa jenis lauk. Selepas solat maghrib YDP ABIM negeri, Ustaz Hafiz Mustafa Lubis memberi sedikit penerangan kepada anak-anak muda dan orang ramai tentang latar belakang ABIM. Persembahan powerpoint dan kepetahan Ustaz Hafiz menarik perhatian hadirin untuk mengenali ABIM dengan lebih dekat.

Selepas solat Terawih tiba pula giliran Ustaz Hazwan untuk menyampaikan tazkirah. Tajuk tazkirah Ustaz Hazwan ialah kepentingan Lailatul Qadar. Walaupun tazkirah ringkas tetapi padat dengan tasyji’ dan kata-kat peransang menggalakkan hadirin mengambil peluang dari Lailatul Qadar yang sudah bermula musimnya.

Agak ramai juga jemaah yang mengambil peluang beriktikaf pada malam itu. Sekitar jam 2.30 pagi jemaah mula mengambil tempat dan pada jam 3.00 pagi program Qiamullail dimulakan. Ustaz Abdullah mengimamkan solat sunat Tahajjud, Taubat dan Solat Dhuha. Hampir 70 orang jemmah hadir berqiamullail.Pada jam 5.00 pagi jemaah bersahur dan seterusnya solat Subuh. Kuliah subuh pagi tersebut disampaikan oleh Ustaz Sharizal Hj Ghazali, YDP ABIM Pendang yang juga merupakan Timbalan YDP negeri. Itulah pertama kali saya mendengar kuliah subuh Ustaz Sharizal yang merupakan sahabat saya Ustaz Akmal. Kuliahnya bersemangat menyentuh sanubari hadirin yang mendengarnya. Kuliah ustaz Sharizal berakhir jam 7.10 minit pagi. dengan berakhirnya kuliah subuh tersebut maka berakhirlah program kali ini. Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada tuan imam, Datuk Isa bin Ismail, juga semua jawatankuasa masjid khususnya Pakya dan AJK yang lain. Semoga program ini menjadi titik permulaan untuk amalan mencari Lailatul Qadar di masjid ini dan masjid-masjid lain di Kuala Nerang dan daerah Padang Terap insya Allah.

SUMBANGAN BERAS DI KEDA BUKIT ULAR

    Rombongan ABIM Padang Terap sekali lagi meneruskan misi PROGRAM BERAS SEKAMPIT. Kali ini kami bergerak ke KEDA Bukit Ular, Padang Sanai. Rombongan kami kali ini turut disertai oleh Ustaz Azmy Ibrahim dan Saudara Ruslan Mat Rasyid (Penolong Setiausaha ABIM Padang Terap. Kami tiba di KEDA Bukit Ular lebih kurang jam 6 petang. Kali ini kami dibantu oleh Abang Yahya dan Abang Omar. Sebanyak 41 kampit beras berjaya diagihkan di kawasan KEDA Bukit Ular. Para pemuda Islam nampaknya sangat gembira menyampaikan sumbangan. Yang paling menggembirakan ialah persetujuan telah dicapai antara ABM Padang Terap dan penduduk KEDA untuk mengadakan program untuk anak-anak KEDA insyaAllah. HIDUP DAKWAH.



RISALAH KHAS LAILATUL QADAR 1430H

RISALAH KHAS

LAILATUL QADAR RAMADAN 1430H

Bermula malam ke 15 kebanyakan imam masjid di negara kita akan mula membaca surah Al Qadr pada rakaat pertama Solat Tarawih. Adakah Nabi SAW mengajar kita membaca surah ini ketika Tarawih ? Jawapannya tidak, bahkan sebenarnya terpulang kepada imam untuk membaca surah apa pun di dalam solat Tarawih. Sedar atau tidak, imam sedang mengiklankan tawaran yang sangat penting dan besar dalam kehidupan manusia. Malangnya tawaran ini dirasakan tidak begitu besar dan penting oleh kebanyakan manusia, lalu mereka mengabaikannya begitu saja.
Allah swt berfirman , Ertinya : “Tahukah kamu apakah itu malam Qadar? Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan” (Al-Qadr :2-3).
Imam At Tabari menafsirkan ayat ini dengan katanya menghidupkan malam Qadr lebih baik ganjarannya daripada seorang lelaki Bani Israel yang telah beribadat dan berjuang pada jalan Allah selama seribu bulan (Ibn Kathir /Jld 4).
Dengan kata lain imam sedang mempromosi ganjaran dan kelebihan orang-orang yang menghidupkan malam Al Qadr akan mendapat ganjaran yang disebutkan. Bayangkan setiap malam bermula malam yang ke 15 imam mempromosi 10 kali ganjaran yang ditawarkan oleh Allah swt kepada umat manusia kelebihan beribadat pada malam Al Qadr. Tidakkah kita rasaterpanggil untuk mendapatkan ganjaran yang Allah swt tawarkan? Atau kita masih tidur lena di rumah seolah-olah Lailatul Qadar itu hanyalah khayalan semata-mata? Adakah tahun-tahun yang telah berlalu kita termasuk di kalangan orang yang mendapat ganjaran Lailatul Qadar?
BAGAIMANA MENDAPATKAN LAILATUL QADAR?

Berpandukan hadis-hadis , Lailatul Qadar berlaku pada malam bulan Ramadan setiap tahun. Antaranya

التمسوها في العشر الأواخر من رمضان
Ertinya : ” Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis lain memperincikan bahawa ianya berlaku pada malam-malam ganjil iaitu malam 21 @ 23 @ 25 @ 27 @ 29.Inilah pendapat yang terkuat. Sebagian hadis menyatakan ianya berlaku pada 7 malam terakhir Ramadan setiap tahun.

أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر
Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir” ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)

Sebahagian ulama berpendapat Lailatul Qadar berlaku secara tetap tiap-tiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadan.
Sebagai kesimpulannya bagi mengelakkan terlepas ganjaran Lailatul Qadar beribadatlah pada 10 malam terakhir semuanya, maka sudah tentu seseorang tidak akan terlepas ganjaran besar ini.


APA PERLU DIBUAT UNTUK MENDAPATKAN GANJARAN BESAR INI?

Adakah dengan menonton siaran langsung qiam Ramadan di Masjidil haram, atau menunggu tanda seperti nampak pokok sujud, air kolah melimpah atau…?
Nabi Muhammad saw telah memberi panduan kepada umatnya dan kepada mereka yang merasakan amalan yang mereka lakukan selama ini masih sedikit dan mereka perlu mendapatkan pahala 1000 bulan atau 83 tahun 4 bulan beribadat.

انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya : “Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)” ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : ” Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)” ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Ya , iktikaf di masjid dan beribadat bersungguh-sungguh. Iktikaf adalah amalan yang dilakukan oleh nabi kita apabila masuk 10 malam terakhir Ramadan. Bukan nabi sahaja yang beriktikaf bahkan para sahabat dan isteri-isterinya membuat khemah di dalam masjid dan melakukan ibadat sehingga fajar pada setiap malam terakhir Ramadan.
Malangnya kebanyakkan masjid kosong semasa tawaran hebat yang dijanjikan Allah swt. Orang perempuan sibuk menyiapkan juadah hari raya dengan hujjah ini pun ibadat juga. Orang lelaki pula sibuk membawa anak-anak membeli baju raya. Risalah ini mengajak semua umat Islam berilah diri anda sekali peluang untuk mendapat ganjaran Lailatul Qadar. Takkan tiap-tiap tahun umur kita hanya untuk anak-anak dan untuk tetamu yang berkunjung semasa hari raya. Tahun ini kalau anda berjaya mendapat Lailatul Qadar dengan berpandukan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw dan sahabat alangkah beruntungnya kehidupan akhirat anda. Masakan tidak, anda telah diberi ganjaran beribadat selama 1000 bulan. Tidak mungkin anda mampu melakukan ibadat sebanyak itu. Umur anda pun mungkin tidak sepanjang itu. Berilah peluang sekali pun jadilah , tahun ini.
Alangkah baiknya jika pihak masjid menganjurkan program Qiamullail dan menggesa ahli kariah beriktikaf pada 10 malam terakhir. Semua pahala iktikaf dan qiam sudah tentu dalam kocek ahli jawatankuasa yang mencadang dan bertungkus lumus menjayakan program ini. Sediakan sahur jika kewangan masjid mengizinkan. Tak guna simpan berpuluh ribu di dalam akaun masjid kerana jemaah yang menyumbang berharap sangat wang sedekah mereka dimanfaatkan untuk program seperti ini.
Sabda Nabi Barangsiapa yang memberi contoh kepada perkara kebaikan maka baginya pahala amalannya dan pahala orang yang melakukan amalan baik tersebut tidak dikurangi sedikit pun pahala hinggalah ke hari kiamat.

فعن أنس بن مالك رضي الله عنه قال : دخل رمضان فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إن هذا الشهر قد حضركم وفيه ليلة خير من ألف شهر من حرمها فقد حرم الخير كله ولا يحرم خيرها إلا محروم

 رواه ابن ماجه

Daripada Anas bin Malik katanya Apabila masuk bulan Ramadan , Rasulullah SAW bersabda Telah datang kepada kamu bulan ini, padanya ada satu malam yang terlebih baik dari seribu bulan barangsiapa yang diharamkan daripada mendapatkannya maka ia diharamkan dari mendapat semua kebaikan , tiadalah terhalang daripada mendapatkannya kecuali orang yang diharamkan dari mendapat kebaikan.

وعن عائشة رضي الله عنها : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم من قام رليلة القدر إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه.

متفق عليه 


Daripada Aisyah RA Rasulullah SAW bersabda Barangsiapa yang menghidupkan Lailatul Qadar dengan sepenuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala maka diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Kedah Darulaman 1430H

Sekampit Beras 2009


    Pada 30 Ogos tepat jam 5.30 petang rombongan ABIM daerah Padang Terap bergerak ke KEDA Pasir Putih, Kuala nerang untuk mengagihkan sumbangan beras kepada penduduk di sana. Sebanyak 68 kampit beras (lebih kurang 350kg) telah disumbangkan oleh orang ramai dari Kedah hingga ke Sabah. Kami berkumpul di Masjid Pulau Kijang dan imam masjid , Datuk Isa bin Ismail (pernah bertugas sebagai Pengarah JAKIM Sabah) membacakan doa agar perjalanan diberkati Allah swt. Sebaik tiba di Kg KEDA , wartawan SINAR, Cik Sharipah sedia menanti kami di sana. Abang Din, dan Abang Azmi mengiringi kami menyampaikan sumbangan kepada penduduk di sana. Nabi saw bersabda tangan yang di atas (memberi) lebih baik dari yang di bawah (menerima). Adalah diharapkan para pemuda Islam mengambil iktibar dari hadis ini dan program ini mampu memupuk rasa seronok memberi dari menerima.