29 Julai 2010

KEMPEN BERAS SEKAMPIT 2010


ABIM Daerah Padang Terap sekali lagi menyeru umat Islam menyertai program ini pada tahun ini dengan menyumbang sekampit beras sempena Ramadan yang akan menjelang tidak lama lagi.

Kepada yang ingin menyumbang sila hubungi:
Ust Abdullah - 0198813100
Ust Ikhwan - 019-4090091

11 Julai 2010

BANTAHAN KONSERT SEMPENA PERTANDINGAN BOLA SEPAK WAKA WAKA KUALA NERANG

11 JULAI-Kami Angkatan Belia Islam Malaysia Derah Padang Terap(ABIM)melahirkan rasa kesal dan membantah keras penganjuran konsert kumpulan Kristal sempena pertandingan bola sepak yang dianjurkan oleh pihak Pejabat ADUN Kuala Nerang.Adakah layak program maksiat sebegini yang sudah tentunya menyuburkan gejala sosial dalam kalangan generasi muda diadakan pada bulan yang mulia iaitu bulan Rejab?.Di kala masjid-masjid di sekitar Kuala Nerang malahan seluruh Daerah Padang Terap sibuk mengadakan program Israk dan Mikraj,pihak pejabat ADUN Kuala Nerang tanpa segan silu juga sibuk bermesyuarat mengadakan konsert ini.Pihak kami merasakan program ini bertentangan dengan matlamat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berakhlak mulia.

20 Jun 2010

catatan Kembara Dakwah 2010~bahagian 1


Assalamualaikum w.b.t
Salam ukhuwah dan salam perjuangan buat sahabat-sahabat yang sudi meluangkan masa melawat laman blog ABIM Daerah Pdg Terap. Sudah sekian blog ini tidak berkesempatan untuk dikemas kini dengan info-info terkini aktiviti ABIM di daerah Padang Terap. Walaupun begitu, aktiviti-aktiviti tetap di jalankan seperti biasa dan semangat melebarkan sayap rahmatan lil a’lamin di daerah ini dan amnya di Kedah.

  Cuti sekolah kini kembali, Angkatan Belia Islam Daerah Padang terap dengan kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI) telah menganjurkan KEMBARA DAKWAH 2010 pada 11 hingga 14 Jun yang lalu. Antara objektif KEMBARA DAKWAH ialah Menjadikan rehlah sebagai metodologi dakwah khususnya terhadap golongan remaja, melahirkan golongan remaja Islam yang berakhlak mulia, mempunyai perasaan kasih sayang, tolong menolong dsb melalui perjalanan kembara terancang, melahirkan remaja yang berusaha memperbaiki diri dari semasa ke semasa dan menjadi contoh terbaik kepada remaja yang lain dan membentuk peribadi remaja Islam yang berdaya saing dan sentiasa mampu mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan mempunyai sahsiah terpuji dengan menjadikan solat sebagai benteng dalam kehidupan seharian.


 Alhamdulillah Kembara Dakwah pada kali ini menamatkan pengembaraan dengan jayanya walaupun pelbagai dugaan dan ujian daripada Nya.Namun begitu, itu bukanlah halangan yang mematahkan semangat peserta KEMBARA. Kembara yang julungnya di anjurkan oleh ABIM Padang Terap terdiri daripada 30 orang termasuk 3 orang urusetia.  

11 Jun 2010
Pada jam 10.30 malam, kami bertolak dari SMK Dato’ Syed Ahmad. Bas yang sepatutnya di naiki pada malam itu telah rosak, alhamdulillah bas rosak itu telah di gantikan dengan bas seat vip. 



12 Jun 2010
Kami tiba di masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada jam 4.45 pagi.Usai kendiri, solat subuh dan tazkirah oleh Imam masjid tersebut, kami sempat meluangkan masa(sharing moment) bersama Tuan Imam Masjid Wilayah. Setelah itu sesi bersama Ustaz Khairul Anuar, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAWI, Ustaz Kamaruddin(LANDAS) dan beberapa pegawai daripada JAWI. Pada hari pertama Kembara Dakwah ini, peserta dibawa melawat ke Muzium Keseniaan Islam Malaysia, Masjid Putra dan Masjid besi (Tuanku Mizan) di putrajaya. Peserta di minta mencatat pemerhatian mereka di tempat-tempat tersebut, apa yang mereka lihat di sekeliling kawasan dan mengedar risalah mengenai zina dan aurat di Masjid Tuanku Mizan. Pada malamnya, KEMBARA DAKWAH meneruskan perjalanan Ziarah Mahabbah ke Kolej Dar Al Hikmah, institusi Pengajian Tinggi ABIM. Sesi taklimat KDH oleh En. Zaihan selaku Eksekutif HEP KDH. Terima kasih kepada pihak KDH yg menyediakan penginapan sementara buat rombongan kami dan sudi menyambut kedatangan KEMBARA kami. Selesai ziarah ke KDH, kami bertolak ke penginapan di Masjid Muhsinin, Taman Danau Desa di Jalan Klang Lama. 

13 Jun 2010
 Kami berkesempatan beramah mesra dengan Chen Thau Chi Association Taman Danau Desa.Pengalaman yang menarik bertaichi, senaman yang terkenal di kalangan bangsa Tionghua. Peserta Kembara di tekankan untuk belajar berkomunikasi dengan non muslim. Ahli-ahli persatuan ini sangat ramah dan mesra. Terpancar Semangat 1 Malaysia di wajah mereka. Seperti mana yang telah dirancangkan kembara ini akan melawat sebuah gereja di Brickfield, St.Mary Church. Namun begitu, hajat kami tidak kesampaian. Pihak gereja memaklumkan bahawa mereka belum bersedia menerima lawatan kami. Terpalit sedikit kekecewaan di wajah para peserta Kembara Dakwah untuk melihat sendiri upacara keagamaan penganut agama Kristian pada hari ahad. 



 

     Walaubagaimanapun, aktiviti pada hari kedua kami di Kuala Lumpur di manfaatkan bersama Ustaz Abd Halim Zakaria, pakar Pengamal Perubatan Islam untuk peserta perempuan di bilik mesyuarat Sek Ren Islam Darul Ulum, Masjid Muhsinin dan lawatan ke Masjid Sri Petaling untuk peserta lelaki. Peserta melawat masjid yang menjadi tumpuan jamaah Tabligh dan berpeluang melihat suasana aktiviti jamaah tabligh di masjid tersebut. Pengisian daripada Ustaz Abd Halim Zakaria berjaya menarik perhatian adik-adik untuk bertanyakan soalan yang berkisar mengenai rawatan pukau, sihir, histeria, gangguan makhluk halus dan petua amalan surah-surah terpilih untuk rawatan perubatan Islam. Selepas zohor Kembara di teruskan ke KLCC untuk latihan dakwah lapangan. Sebelum bertolak, du’at KEMBARA dakwah di beri taklimat oleh ustaz Kamaruddin. Adik-adik di berikan risalah dan buku the call to Islam (JAKIM)
  

        Selesai latihan lapangan di KLCC, kami pulang ke Masjid Muhsinin. Peserta KEMBARA diminta untuk membentangkan laporan hasil temubual mereka bersama-sama dengan pengunjung KLCC. Melalui latihan ini , peserta di beri peluang untuk belajar mendekati mad’u terutamanya yang sebaya dengan mereka. Selepas maghrib, kami bertolak ke KL Sentral. Kesesakan di Platform amat di rasai kerana musim cuti sekolah begini keretapi menjadi pilihan orang awam untuk bercuti atau pulang ke kampung. Perasaan teruja dan seronok amat di rasai kerana rata-rata peserta belum pernah menaiki keretapi perjalanan jauh dari Kuala Lumpur yang mengambil masa lebih kurang 10 jam. Seperti yang di jadualkan pada tiket yang telah di beli, keretapi yang akan berlepas ke A.Star bertolak pada jam 9.10 mlm.

Dengan bersesak bersama-sama penumpang yang lain kesemua peserta KEMBARA Turun ke Platform. Setelah masuk ke dalam gerabak. Keadaan agak kelam kabut kerana kami tidak mempunyai tempat duduk. Ustaz Abdullah, selaku Ketua KEMBARA menyedari bahawa tiket yang kami bertarikh 14 Jun, bukan 13 Jun. Kami semua tidak menyangka hal ini akan terjadi. Tidak seorang pun menyedari tiket yang salah tarikh yang telah di beli seminggu lebih awal dari tarikh perjalanan kami. Sehingga semua telah masuk ke dalam gerabak. Kesedihan dan kekecewaan menyelubungi perasaan peserta KEMBARA kerana tidak sabar menaiki keretapi pada malam. Kami hanya mampu melihat keretapi itu beransur-ansur perlahan-lahan meninggalkan stesen KL Sentral. Di mana kami akan menginap pada malan itu?apa yang di lakukan sementara menanti perjalanan malam esok?. Perjalanan Kembara Dakwah ini benar-benar di uji olehNya. Kami menenangkan adik-adik peserta untuk bersabar dengan dugaan ini, pasti ada hikmah di sebaliknya...

Bersambung....(“,)




12 Januari 2010

ABIM KUTUK PERBUATAN BAKAR GEREJA


PDFPrintE-mail
BurnAngkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab membakar gereja. Bangunan Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur terbakar tengah malam tadi, selepas dibaling dengan bom petrol. Sekurang-kurangnya empat lagi gereja di Lembah Kelang dipercayai turut jadi sasaran dalam tempoh 12 jam lalu, termasuk Gereja Assumption di Petaling Jaya. Mengulas lanjut, Setiausaha Agung ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, ABIM mengutuk perbuatan itu kerana Islam tidak membenarkan sama sekali perbuatan seumpama itu.

"Saya menyeru dan berharap tidak ada tindakan yang agresif berlaku, dan hentilah sebarang niat mengenainya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mengenai perhimpunan yang dirancang hari ini di Masjid Kampung Baru, Mohamad Raimi berkata, ia akan diteruskan tetapi sekiranya berlaku sebarang provokasi, ia akan dihentikan serta-merta. ABIM adalah antara beberapa NGO Islam yang merancang untuk mengadakan perhimpunan selepas solat Jumaat hari ini sebagai membantah isu penggunaan nama Allah oleh mingguan Katholik, Herald.

08 Januari 2010

CERAMAH PERDANA MAAL HIJRAH 1431H

Inilah kali pertama ceramah yang diadakan diMasjid Kariah Pulau Kijang, Kuala Nerang dihadiri oleh ramai jemaah. Tuan Hj Zakaria atau lebih dikenali dengan panggilan Pakya nampak gusar kerana bimbang makanan yang disediakan tak cukup. Ceramah malam itu disampaikan oleh Brother Kamarudin Abdullah yang didatangkan khas oleh ABIM Daerah Padang Terap dari Pulau Pinaang. Belia memeluk Islam lebih kurang 18 tahun yang lalu dan merupakan aktivis dakwah khususnya kepada non muslim. Mengasaskan Islamic Propagation Soceity International (IPSI) untuk menyebarkan Islam kepada non muslim di Masjid Kapitan Keling di Pulau Pinang. Sehingga kini IPSI telah berjaya mengislamkan ramai non muslim yang melawat Masjid Kapitan.


Ceramah malam itu agak panas. Penceramah memulakan ceramah dengan menyentuh isu Kalimah Allah yang baru diputuskan oleh mahkamah yang membenarkan penggunaannya kepada penganut Kristian. Isu murtad di kalangan umat Islam cuba dibanteras oleh Ust Kamarudin yang gembira program kali ini dihadiri oleh agak ramai anak muda. Beliau membuat beberapa perbandingan antara Islam dan Kristian yang saya kira amat jelas menunjukkan jauhnya ajaran dan keyakinan Kristain dari kebenaran.

YB Ustaz Nasir Zakaria , ahli Parlimen Padang Terap turut hadir mendengar ceramah kali ini. Terima kasih YB atas sokongan!

Untuk makluman , Tuan Hj Ayub Abdrahman , bekas paderi Katolik akan datang sekali lagi ke Kedah pada 4-6 Februari nanti. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak.



03 Januari 2010

BENGKEL PEMBINAAN BLOG DAKWAH ABIM PADANG TERAP 2010


Alhamdulillah! Bertempat di JC Smart Centre, seramai 21 orang belia dari daerah Padang Terap telah berjaya mengikuti program ini pada 1 Januari 2010. Program yang julung kali diadakan ini menjadi satu wasilah yang berkesan untuk menarik golongan remaja mendekati bidang dakwah. Remaja perlu sedar bahawa medan dakwah tidak hanya terbatas kepada ceramah dan kuliah di masjid, bahkan hanya dengan mengadap "laptop" pun mereka mampu berdakwah. Ada ketikanya dakwah yang disampaikan melalui blog tidak hanya sampai kepada umat Islam di Malaysia bahkan seluruh dunia mendapat manfaat. Itulah antara ucapan YDP ABIM negeri Kedah , Ustaz Hafiz Mustafa Lubis dalam ucapan perasmiannya sempena program ini.


Terima kasih tidak terhingga kepada Ustaz Azmy Ibrahim yang sudi berkongsi ilmu dan kemahiran sepanjang beliau mengendalikan program ini. Para peserta tentunya mendapat input yang amat berguna dari ustaz. Ustaz macam ni lah yang kita kehendaki, bukan hanya berceramah di masjid tetapi advance dalam dunia teknologi maklumat.


02 Januari 2010

Kenyataan Media ABIM - Polemik Kalimah Allah: ABIM Kesal Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin menyatakan rasa kesal terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah Harold : The Catholic Weekly. Kesan utama kepada penggunaan ini ialah masyarakat bukan Islam diberikan hak berdasarkan tafsiran perlembagaan untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan ataupun penggunaan seharian, dan sebarang larangan oleh pihak berkuasa atau otoriti agama Islam adalah tidak sah.

ABIM menilai keputusan ini tidak bertepatan dengan semangat peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam di tempat yang istimewa di kalangan agama-agama lain di negara ini. Ia juga bertentangan dengan larangan penggunaannya yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Majlis-Majlis Agama Islam Negeri kerana ia dikenalpasti bakal mengelirukan akidah dan konsep ketuhanan di kalangan umat Islam, merobek sensitiviti umat Islam selaku majoriti di negara ini serta berpotensi menimbulkan ketidaktenramaan awam sekiranya tidak ditangani secara baik..

Justeru Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memohon campur tangan Majlis Raja-Raja Melayu untuk menghentikan segera polemik kalimah Allah. Gesaan ini selari dengan peruntukan perlembagaan persekutuan, yang menetapkan segala urusan berkaitan dengan hal ehwal agama Islam diletakkan di bawah kuasa serta naungan Raja-Raja Melayu.

ABIM juga menyeru agar pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak lebih tegas mengikut peruntukan perlembagaan, undang-undang sedia ada dan enakmen undang-undang Islam di negeri-negeri dan tidak mengeluarkan permit penggunaan tersebut pada masa-masa akan datang. ABIM juga menyeru agar pihak KDN menggunakan segala saluran perundangan yang ada untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan yang merobek sensitivit umat Islaam tersebut.

Akhir sekali, ABIM memohon agar semua pihak bertenang dan menghormati keputusan ini dan tidak bertindak secara emosional demi untuk menjaga keharmonian serta kestabilan hubungan di antara kaum di negara ini.

" Menegakkan Kebenaran & Keadilan "

MOHAMAD RAIMI AB.RAHIM
Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia