08 Disember 2009

Rehlah ke Lata Bukit Hijau & Lawatan ke Pondok Tuan Guru Haji Salleh

    Alhamdulillah, syukur di panjat kepada Allah SWT kerana memberi nikmat Islam dan Iman serta nikmat kesihatan tubuh badan kepada kita. Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada adik-adik yang berpeluang bersama-sama menyertai program yang julung kalinya dianjurkan oleh ABIM Padang Terap semperna cuti sekolah akhir tahun ini. Lata Bukit Hijau menjadi destinasi pilihan rehlah pada hari ini dan insya Allah selepas itu lawatan pondok Tuan Guru Haji Salleh. 

 Pada 5hb Disember 2009 yang lalu..ABIM Pdg Terap telah mengadakan lawatan ke Pondok Rahmaniah atau lebih di kenali sebagai Pondok Tuan Guru Haji Salleh Musa yang terletak berhampiran dengan Pekan Sik, Kedah. Seperti yang di jadualkan, perjalanan dari Kuala Nerang ke Lata Bukit Hijau di Baling mengambil masa kira-kira 2 jam lebih. Peserta Rehlah seramai 14 orang lelaki dan 13 org perempuan. Seawal pukul 7.30pg semua peserta berkumpul di masjid Muazzam Shah, Kuala Nerang. Kami tiba di Lata Bukit Hijau pada pukul 11.15 pagi. 

     Sesi penerangan dan Ta'aruf ABIM Pdg Terap oleh Ustaz Abdullah b.Din. Seterusnya, peserta lelaki dan perempuan bersama di dalam kumpulan masing untuk sesi ta'aruf di antara satu sama lain. Selepas solat Zohor dan makan tengahari, kami bertolak ke Pondok Tuan Guru Haji Salleh di Pekan Sik.


     Cuti sekolah seharusnya di penuhi dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat. Antara objektif penganjuran rehlah ini ialah, memperkenalkan Angkatan Belia Islam Malaysia yang merupakan salah satu daripada badan gabungan dalam Majlis Belia Daerah Padang Terap, mengambil peluang semperna cuti sekolah ini untuk bersama-sama pelajar sekolah menengah di sekitar daerah Padang Terap dengan Menjalinkan dan memperkukuhkan jalinan mahabbah melalui penganjuran program yang lebih santai dan libur. 

     Selain itu, memberi peluang untuk melawat pondok pengajian agama , lawatan ini pastinya mendedahkan pengalaman yang baru buat pelajar-pelajar sekolah tentang kehidupan dan sistem pembelajaran di pondok pengajian agama.Pondok tuan guru @ lebih dikenali dengan Pondok Sik ini adalah salah satu pondok yang paling makmur di Kedah. Kuliah mingguan pada hari jumaat, dihadiri oleh lebih 3000 orang dari seluruh M’sia. Tuan Guru bercerita kepada kami ada yang datang dari Singapura semata-mata nak dengar kuliah Tok Guru. Tuan Guru Hj Salleh memberi penekanan lebih tentang pengajian Tauhid sehingga pondok ini juga dikenali dengan nama Pondok Tauhid. Jumlah penghuni pondok ini kira-kira seramai 200 org. Kami juga berkesempatan menemu bual penghuni yang telah hampir 17 tahun menuntut dan menghabiskan masa di usia emas belajar dan beribadah sepenuhnya di pondok ini.Rata-rata berpuas hati dan tenang menuntut ilmu agama di pondok pengajian ini terutama kemudahan dan kebajikan penghuni pondok yang amat di tekankan oleh Tuan Guru Hj Salleh.




Akhir Kalam... Semoga adik-adik dapat mengambil manfaat sepanjang rehlah ini dan semoga ukhuwah yang terjalin ini akan berkekalan..Insya Allah(“,).Wassalam

     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan